Thursday, March 10, 2011

SIAPA STRESS ANGKAT TANGAN?



Hari ini AquE belajar tentang cara menangani stress atau tekanan dari seorang kawan yang bagi ceramah di tempat kerja. Sebenarnya dah banyak kali AquE dengar dan baca pasal cara menangani tekanan ni. KaMu juga begitu kan? Takpelah, tak salah untuk mengingatkan diri sendiri dan KaMu. Dan Aque pernah cuba satu dua cara tersebut, memang membantu mengurangkan tekanan. Kalau KAMU nak cuba mana-mana yang sesuai dengan jiwa kamu cuba saja lah ya.


  1. Cuba-cubalah kita TENANGKAN HATI dulu, jangan difikirkan masalah yang membuatkan AquE atau KAMU stress tu. Dengan lafaz BISMILLAH...tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 30-60 saat, hembus kuat-kuat, ulang tiga kali... Ini untuk mengembalikan oksigen ke otak. 
  2. Paling mujarab AquE cadangkan ialah dengan berzikir. Ini memang TIDAK BOLEH DINAFIKAN sebab ALLAH S.W.T telah berfirman di dalam AL-QURAN melalui surah Ar Ra'd ayat 28 yang bermaksud: "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram".  Oleh itu berzikirlah dan banyakkan menyebut nama-nama ALLAH serta memuji kebesaran-NYA. Ada banyak buku dan laman web yang dapat mengajar kita berzikir dan berdoa. YANG PENTING, kita baca sambil memahami dan menghayati MAKNA zikir dan doa tersebut. Baca dengan penuh khusyu', tawaddu' dan berserah sepenuhnya kepada PENCIPTA.
  3. AquE rasa TIDUR untuk 20-30 minit pun menjadi juga. Tapi ni lah masalahnya, mudah ke nak tidur kalau tengah stress? Yang penting cuba dulu ya. AquE pernah membaca satu info dahulu tentang TIDUR SEKEJAP ni. Nanti kalau jumpa AquE refresh balik untuk topik baru. Yang bagusnya, TIDUR SEKEJAP ni boleh membuatkan badan menjadi segar, mengurangkan cas negatif yang banyak dalam badan akibat stress sambil mengumpul kembali cas-cas positif, serta merehatkan otak yang berserabut tu. TAPI INGAT, jangan TIDUR LEBIH-LEBIH, nanti bertambah LESU.
  4. AquE sebenarnya tak ingat dah susunan dia tadi, aku pick point yang penting je. Katanya, PERGI BERCUTI untuk berehat dari bebanan kerja dan sebagainya. Dalam negara kita ni kan banyak tempat riadah. Dah banyak duit tu apa salahnya kenal negara orang pulak. 
  5. Kalau BERSHOPPING boleh membuat KAMU happy, then GO FOR SHOPPING! Jangan pulak sampai berhabis duit, nanti poket kosong bertambah haru jadinya.
  6. Ni lagi satu cara. Carilah kawan atau bahan yang boleh membuatkan kita ketawa. KETAWA PENGHIBUR DUKA. Dengar radio, baca komik, menonton cerita lawak atau apa saja cara yang boleh buat kita ketawa. "Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah" Eh ni lagu nasyid ni. Betullah tu, berhibur kena pilih cara yang betul. Jangan pulak menghampiri mungkar seperti lawak lucah, judi dan sebagainya.
  7. Dengar muzik pun boleh mengurangkan stress. Tak kisah lah lagu apa yang KaMu suka. Tapi cuba cara ni, masa tengah stress tu kan, cuba dengar lagu-lagu nasyid seperti 'RAHMAT UJIAN (MESTICA)', 'TANPAMU (INTEAM)', INSHA-ALLAH (MAHER ZAIN)'.. ini contoh sahaja. Mana nak cari? Download la, kan tengah surf internet ni. Tapi bila menghayati lirik lagu-lagu tu kan, inshaAllah boleh tenang...Cubalah...
  8. MANDI! Ya mandi juga boleh mengurangkan stress. Mandi dengan air dingin di bawah pancuran shower sambil dengar bunyi air mengalir di telinga. Ini namanya terapi air. Air dingin ni menyegarkan badan dengan cepat. Jangan lah mandi lama-lama pulak, tak pasal-pasal yang segar jadi kecut kedut.
  9. BER-URUT juga dapat mengurangkan stress. Kerana bila kita stress, salu-salur darah dan otot menjadi tegang. Jadi manjakan diri KaMu dengan melenturkan kembali urat-urat tu di SPA atau Tukang Urut YANG BERTAULIAH dan 'HALAL' untuk KaMu ya...
  10. Last sekali, LUAHKAN! Ya, stress sebenarnya perlu dikeluarkan dari badan kita. Ia perlu diatasi atau dibuang. Jangan pendam atau simpan sendiri. Yang LUKA akan BERNANAH, yang BERNANAH menjadi BURUK, yang BURUK membawa MAUT. Sekiranya tidak dibuang, stress akan menyebabkan DEPRESSION yang lebih susah untuk dirawat.
Jadi luahkan stress walau dengan apa cara sekalipun. Ni pulak cara nak LUAHKAN stress:
  1. Kalau dengan MENANGIS boleh menghilangkan stress, MENANGISLAH. Cari bahu seseorang untuk menangis. Paling elok ialah insan yang paling rapat dengan kita, yang kita rasa selesa untuk berkongsi masalah. Tak kisah la MAK atau AYAH, ADIK, KAKAK, ABANG, ANAK, SUAMI ATAU ISTERI mahupun KAWAN KARIB kita. Jangan pulak jumpa  orang kat tepi jalan pun terus pinjam bahu dan menangis kat situ. Teruk benar dah tu. Nanti datang pulak Jabatan Kebajikan Masyarakat angkat KaMu masuk kat RUMAH BAHAGIA... Hah BAHAGIA lah KaMu kat situ lama-lama.
  2. Ambil sehelai kertas.. kalau besar masalah tu ambil 'Manila Kad' pun takpe. Tulis apa benda yang buat KaMu stress tu, nak lukis dengan gambar-gambar 'MUSUH' tu pun takpe... 'MUSUH' yang AquE maksudkan tu, kalau masalah melibatkan orang, oranglah, kalau kucing, kucinglah, kalau kereta kamu, keretalah. Ceritakan dari A-Z kenapa KaMu stress sangat dengan 'dia' dan apa KaMu nak buat dengan dia. Maksudnya cara KaMu nak settle dengan 'dia' lah. Tapi berpandukan iman lah ya. Insha -ALLAH dapat ilham nanti. AquE pun kalau ikutkan hati, 'MUSUH' tu Aque lukis gambar tanduk cabang tiga, tapi tak leh la macam tu ya...
  3. Tak keluar lagi stress kamu tu? Berjumpalah dengan PAKAR... Pakar MOTIVASI ke, USTAZ ke, KAUNSELOR sekolah dulu-dulu ke, atau kalau malu, hantar surat atau kad manila kamu tadi tu pada ruangan MOTIVASI dan KAUNSELING dalam majalah-majalah, rancangan TV atau radio, forum internet, surat khabar dan sebagainya.
  4. Apapun paling penting, kembali lah pada YANG MAHA MENDENGAR... sesungguhnya, DIA YANG MAHA PENGASIH amatlah dekat dengan kita. Bersabar dan berdoalah. Luahkan segalanya kepada PENCIPTA. Ingatlah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita tak rasa sekarang, tapi apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik untuk kita, atau anak cucu kita, atau mungkin tidak di dunia, tapi di akhirat. Yakin dan percaya pada Kasih Sayang ALLAH.
  5. SABAR menghadapi ujian. Memang mudah mengucap sabar kan. Tapi tu lah hakikatnya, dengan cara-cara yang disenaraikan di atas, pilihlah yang mana satu sesuai. Amalkan membaca surah AL-INSYIRAH. Yakin lah di akhir tiap kesusahan itu ada kesenangannya. ALLAH berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar." 
Sampai di sini dahulu. Niat AquE cuma membantu sambil mengingatkan Diri AquE sendiri. Sesungguhnya AquE hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan. Maka maafkanlah AquE andai ada salah silapnya. Yang baik jadikan pedoman.
"AquE menulis bukan kerana nama"

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...