Thursday, November 21, 2019

RESEPI AYAM SAMBAL

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG

Hari ni saya nak kongsi Resepi Ayam Sambal, masih guna cili yang saya kisar tiga empat hari lepas. Btw cili kisar tanpa kulat atau ok sedap..4 hingga 5 hari sahaja. So nak menghabiskanya banyak harilah makan sambal hhhh. Begitulah bujang yang no komitmen, makan apa pun ok.

Hari ni kita buat masak ayam sambal pula, ayam seekor boleh masak memacam2..ayam yang ada dalam peti saya ni boleh 2 kali makan so bekal pagi dan tengahari, hhh jimat sungguh.

Langkah2

1st - Cili kering dalam 1 gengam setengah, potong..cuci..dan rebus dahulu, perlu rebus bagi buangkan kulat2 pada cili kering itu dan untuk memudahkan masa kisar nanti.

2nd - satu labu bawang merah besar (sederhana boleh besar pun boleh) dan 2 biji bawang putih di buang kulit

3rd - Kisarkan Cili kering yang direbus tadi bersama dengan bawang merah dan bawang putih

4th - Goreng ayan yang telah dikunyitkan tadi, ikut suka berapa ketul, kalau untuk 3 senduk ayam cukup 6 ketul.

5th - Panaskan minyak, nor banyakkan sikit minyak, agak2 banyak mana cili nak digunakan. kalau minyak sikit susah nak bagi cili garing dan lambat, kalau tk suka minyak banyak tak pe nanti kita boleh cedok buang sebelum kita letak ikan nanti. Selepas minyak panas, masukkan cili kering yang dikisarkan tadi. Oh ye 1 genggam setengah cili tu kalau bujang untuk makan sorang macam noi ni, boleh guna 3 kali masak. Terpulang dekat korang nak letak banyak mana.

6th - Lepas cili agak nak garing masukkan gula dan garam. Ini terpulang rasa macam mana, macam noi suka sambal manis sikit al maklumlah noi org kelantan. Dan masukkan bersama-sama tomato sauce atau cili sos satu sudu, ini nak bagi masam sikit. yelah kadang2 kita tak ada stok asam jawa, nak pakai sikit sayang nak beli

7th - Bila cili macam agak kering masukkan air dan kita kacau sekali lagi sampai dia kering atau kepekatan yang korang nak. masa ni ok sebab masa tumis pertama tu cili dah garing so masa tumis kedua ini kita adjust kuah dia, nak pekat ke atau berkuah ke.

8th - Bila dah ok, masukkan ayam. kacau biar dalam 2-3 minit . tutup . boleh makan dengan nasi panas2.

Bahan-bahan
6 ketul ayam (suka hati bilangannya). garam dan kunyitkan
1 gengam setengah cili kering
1 Biji bawang besar merah
2 biji bawang putih
1 sudu tomato sauce or cili sos
Gula dan garam

 Kan senangkan..hh boleh kita makan sedap2 tanpa banyak barang, dan no excuse nak  masak. yelah kadang2 kat kedai seketul rm3.50 kebiasaannya yang normal price. duit yang ada selebih tu boleh simpan dan makan sedap2 kemudian hari kan.
 
 
 

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...