Hari ni saya nak kongsi Resepi Paru Sambal, Disebabkan sebelum ni saya ada kisar cili untuk 3 kali makan (bujang makan sorang macam saya) untuk satu setengah gengam cili kering.
Hari ni kita buat paru sambal, 1st time juga..rasa macam menjadi itu sebab saya berani kongsi hhhh..guna resepi yang sama sahaja.
Tips masak Paru Lembu
Kena Rebus dahulu paru tersebut. rasa agak2 mengelembung naik dan agak lembut pejal2 gitu boleh tutup api. Biarkan sejuk sikit sebab kita nak hiris ikut size yang kita berkenan. Kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam secukup rasa.
Langkah2
1st - Cili kering dalam 1 gengam setengah, potong..cuci..dan rebus dahulu, perlu rebus bagi buangkan kulat2 pada cili kering itu dan untuk memudahkan masa kisar nanti.
2nd - satu labu bawang merah besar (sederhana boleh besar pun boleh) dan 2 biji bawang putih di buang kulit
3rd - Kisarkan Cili kering yang direbus tadi bersama dengan bawang merah dan bawang putih
4th - Goreng Paru yang telah dikunyitkan tadi, tak perlu lama sebab paru sudah separuh masak dan kalau terlalu lama nanti keras dan tak sedap.
5th - Panaskan minyak, nor banyakkan sikit minyak, agak2 banyak mana cili nak digunakan. kalau minyak sikit susah nak bagi cili garing dan lambat, kalau tk suka minyak banyak tak pe nanti kita boleh cedok buang sebelum kita letak ikan nanti. Selepas minyak panas, masukkan cili kering yang dikisarkan tadi. Oh ye 1 genggam setengah cili tu kalau bujang untuk makan sorang macam noi ni, boleh guna 3 kali masak. Terpulang dekat korang nak letak banyak mana.
6th - Lepas cili agak nak garing masukkan gula dan garam. Ini terpulang rasa macam mana, macam noi suka sambal manis sikit al maklumlah noi org kelantan. Dan masukkan bersama-sama tomato sauce atau cili sos satu sudu, ini nak bagi masam sikit. yelah kadang2 kita tak ada stok asam jawa, nak pakai sikit sayang nak beli
7th - Bila cili macam agak kering masukkan air dan kita kacau sekali lagi sampai dia kering atau kepekatan yang korang nak. masa ni ok sebab masa tumis pertama tu cili dah garing so masa tumis kedua ini kita adjust kuah dia, nak pekat ke atau berkuah ke.
8th - Bila dah ok, masukkan paru yang telah digoreng. kacau biar dalam 2-3 minit . tutup . boleh makan dengan nasi panas2.
Bahan-bahan
300gm Paru (suka hati kgnya). garam dan kunyitkan
1 gengam setengah cili kering
1 Biji bawang besar merah
2 biji bawang putih
1 sudu tomato sauce or cili sos
Gula dan garam
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino