Monday, December 2, 2019

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG

Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka bermalas malasan di toto kesayangan saya.

Untuk bekal tghari saya tak bawa hari kerana Central Kitchen Maidah nak bagi saya rasa nasi ayam penyetnya. Alhamdulilah rezeki.

Resepi tortilla ni memang mudah sgt2, bujangkan :-)

BAHAN-BAHAN

2 Genggam isi ayam yang telah dipotong kecil
1 Sudu sos cili
2 Sudu Mayonis
2 Keping Roti Tortilla
1/2 Bawang besar
3 Batang Kacang Buncis

CARA-CARA

1. Tumis Bawang Merah sehingga layu
2. Kemudian masukkan isi ayam sehingga masak, saya lebih suka dia macam sedikit hanggit (sikit jer) dan sehingga bawang nampak brown tapi bukan hanggit.
3. Kemudian masukkan sos cili satu sudu dan 2 sudu mayonis, kecau sekejap jer untuk bagi sebati.
4. Kemudian saya masukkan kacang buncis sebab saya tiada sayur lain. Ini terpulang nak masukkan carrot pun boleh, atau nanti jer kita letak salad.



 Ini selepas masak isi nya



Kita panaskan sedikit tortilla ni yer, saya guna microwave jer selama 5 minit. Kemudian letak lah isi ayam dan sos ikut suka kita, tak yah dah mayonis sebab dah kita letak tadi



Ok siap!!, Bekal sarapan pagi. Oh ye 2 genggam itu boleh buat sampai 3 gulung tortilla tapi saya suka banyak2 ayam jadi mmg padat.

Banyak cara nak bagi sedap tortilla kita ni, ikut experimen kita..kadang2 bila malas tulah idea yang bukan2 ada tu. atau lagi satu bila barang x ada kan. Ok next time saya kongsi tortilla ayam barbeque yer, tq

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...