Tuesday, November 12, 2019

PART 3 : COMPANY TRIP ANSARCOMP UNTUK ANSARIAN KE KRABI, THAILAND (01 MAY – 04 MAY 2015)

Then lepas lawat gajah2 nih kami ke kolam ikan, tp tak ada apa sgtlah biasa2 je. Orang yang bawa kami bawa ke situ sebab dia booking bot2 utk island hoping nanti dalam pukul  1 so ada masa lagi tu yang singgah tuh, btw kawe ni siap2 doh pakai baju nak berenang dah. Kami sampai di pantai dalam 12.30 tgh sebelum tu masing2 pakat2 g beli topi dan cari cover phone konon2 nak tangkap ikan dalam air masa snorkelling nanti.

 

Kami naik boat ke 3 island dari Pantai Aonang, pertama pulau yang kami singgah adalah Pulau Tut, tapi tak ambil gambar masa ni sb handset tinggal kat boat..wahhh mencabar sebab banyak batu di sekitar persisir pulau tempat boat berhenti. Kami turun je boat terus lunch..wahhh first time makan kat pulau mcm ni seronok gak..boleh tahan sedap makanan dia, air basuh tangan hhh air laut..bila keadaan macam tu makanan yang seadanya terasa nikmatnya, serius. Selepas tu kami diberi peluang meronda-ronda kawasan itu, Pulau Tut ni yang istimewanya dia seolah-olah ada Jambatan pasir yang menghubungkan antara dua pulau. Ramai sungguh orang, yang saya boleh kata kebanyakan nya dari Malaysia dan satu pengalaman lagi yang diberi oleh sahabat2 saya ni ialah yang kami solat jamak sama2 di pantai, wahhhh pengalaman manis sesuatu tak terkata …itu sebab walau dimana kita kena pakai pakaian tutup aurat supaya senang nak solat, masa ni kami implement cara ambil wuduk yang kami pernah belajar sebelum ni, beralaskan jacket keselamatan..Alhamdulilah selesai solat, nikmat.
Kemudian kami ke Chicken island, tapi tak turun hanya berhenti utk snorkelling, semangat semua masa ni…tgk ikan on live kan…tapi sekejap je semua sebab air sangat bergelora, hhh kawe duk terfikir nak turun ke tak sebab dia cam tengah2 laut kan takut tak leh naik …nasib baik fizah mart bagi semangat ..ala takpolah kak nor kito kan ramai leh tolong tarik..hahahahha…ok ok..tapi tulah laut bergelora sangat tak dapat tengok ikan…(padahal  turun pegang tangga bot je)



Island seterusnya kami ke Poda Island, masa di tut island kami tak mandi sebab panas sangat pulak tu baru lepas makan, snorkelling pn tak dapat sangat jadi memang kat sini mandi tul2 lah dengan pantai yang bersih …ada yang main pasir pun ada, J orang kata masa ini lah sifat kebudak budakkan tu datang balik…seronok sb beramai-ramai dengan kawan2 satu office yang masa kat opis poyo dan ala corporate semua tapi….hhhh…kantoi..

Island terakhir adalah Phranang cave Beach, interesting jugalah, gua ni ada satu port yang memang orang siam buat hajat, first time tengok colok yang besar-besar. Dan kat sini juga ada resort , mahal dan banyak tgk mat-mat saleh je. Disebabkan pandangan sebegini tak pernah tengok disebabkan pulau gua ni, kawe excited lah tangkap2 gambar gua2 nih. Tapi nak mandi kat sini cam takut sebab air dia hijau gelap.



Kemudian kami balik ke pantai dan terus ke hotel, kami diberi setengah jam sahaja nak mandi, solat ke sebab nak gi makan malam pulak..lapar jadi memang tak menyerungutlah sampai hotel pun nak dekat pukul 7 nasib baik lah dah solat kat pantai. Cerita pasal makan ni sedapppp sangai wei….teringat lagi nih kesedapan makanan nya..tak usahlah nak cakap..habislah makanan nya…of coz lah tomyam dan siakap tu wajib..memang terbaik orang dia sentiasa penuh dan pekerja dia pun cekap. Restoran ni dekat dengan Dataran Krabi, baru tahu Krabi diambil sempena dengan nama mr. crab.



1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...