Noi suka makan dan masak, cuma bila bujang ni tak lah semangat sangat nak beria. Lebih2 lagi ada masakan kalau kita masak banyak barulah menjadi contoh rendang ke sikit2 noi tak pandailah nak agak.
Kadang2 malas nak beli halia ke, lengkuas ke, serai ke..yelah kita guna sikit jer dan jarang nak guna, sampai layu dan membazir terpaksa dibuang sebab dah kering dan busuk. Noi ni jenis kena lengkap dan ikut tradisi bila memasak, suka ikut masakan cara org tua. Tapi fikir balik membazir tak baik, tapi perlu masak kerana nak jimat. Noi kalau sempat hari2 bawa bekal, paling tak sempat nasi dan telur pun ok. Jadi noi selalu try dan error masak supaya rasa sedap seperti rasa guna bahan lengkap.
Noi akan kongsi resepi ikan masak sambal mudah.
Langkah2
1st - Cili kering dalam 1 gengam setengah, potong..cuci..dan rebus dahulu, perlu rebus bagi buangkan kulat2 pada cili kering itu dan untuk memudahkan masa kisar nanti.
2nd - satu labu bawang merah besar (sederhana boleh besar pun boleh) dan 2 biji bawang putih di buang kulit
3rd - Kisarkan Cili kering yang direbus tadi bersama dengan bawang merah dan bawang putih
4th - Goreng ikan (ikan kembung ke ikan sardin ke)
5th - Panaskan minyak, nor banyakkan sikit minyak, agak2 banyak mana cili nak digunakan. kalau minyak sikit susah nak bagi cili garing dan lambat, kalau tk suka minyak banyak tak pe nanti kita boleh cedok buang sebelum kita letak ikan nanti. Selepas minyak panas, masukkan cili kering yang dikisarkan tadi. Oh ye 1 genggam setengah cili tu kalau bujang untuk makan sorang macam noi ni, boleh guna 3 kali masak. Terpulang dekat korang nak letak banyak mana.
6th - Lepas cili agak nak garing masukkan gula dan garam. Ini terpulang rasa macam mana, macam noi suka sambal manis sikit al maklumlah noi org kelantan. Dan masukkan bersama-sama tomato sauce atau cili sos satu sudu, ini nak bagi masam sikit. yelah kadang2 kita tak ada stok asam jawa, nak pakai sikit sayang nak beli
7th - Bila cili macam agak kering masukkan air dan kita kacau sekali lagi sampai dia kering atau kepekatan yang korang nak. masa ni ok sebab masa tumis pertama tu cili dah garing so masa tumis kedua ini kita adjust kuah dia, nak pekat ke atau berkuah ke.
8th - Bila dah ok, masukkan ikan. kacau biar dalam 2-3 minit . tutup . boleh makan dengan nasi panas2.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung (suka hati bilangannya). garam dan kunyitkan
1 gengam setengah cili kering
1 Biji bawang besar merah
2 biji bawang putih
1 sudu tomato sauce or cili sos
Gula dan garam
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino