Monday, March 28, 2011

Paramedik Gaza ke Libya


Ahli paramedik Gaza menunggu kelulusan untuk menyertai misi bantuan ke Libya
GAZA, (PIC) – Ahli perubatan Gaza menanti kelulusan Jawatankuasa Utama Ketenteraan yang telah diberikan kuasa di Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan bagi memasuki ...Libya berikutan daripada ketiadaan majoriti staf perubatan kerana mereka telah meninggalkan negara.
16 nama telah dipilih daripada 100 paramedik yang ingin menyertai misi tersebut. Mereka telah bekerjasama dengan Kesatuan Doktor Arab dan akan meneruskan usaha dengan lebih ramai doktor dan lebih banyak peralatan perubatan sewaktu melalui Mesir, demikian menurut setiausaha Kesatuan Paramedik Gaza, Yousef Fahjan.
“Kami sangat memahami kesengsaraan yang dirasai rakyat Libya, memandangkan kami saban hari kami diserang dengan keganasan. Perasaan ini merupakan motivasi terbesar kami untuk membantu rakyat Libya menerusi tanggungjawab kemanusiaan dan professional, terutamanya setelah kebanyakan paramedik telah meninggalkan Libya dan menyebabkan kekurangan paramedik.”
“Inilah sahaja yang mampu kami lakukan untuk membantu rakyat Libya yang telah menyokong kami ketika perang di Gaza. Kebanyakan yang menghubungi kami untuk menaikkan semangat ketika peperangan ialah warga Libya,” Fahjan berkata.
 
Ya Allah berikan semangat ku seperti semangat mereka. Amin

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...