Wednesday, July 13, 2011

RAHSIA SEORANG DOKTOR


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yg ditemuinya dalam penyelidikannya.

Beliau seorang doktor neurologi amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka klinik yg bertemakan “Perubatan Melalui Al-Quran”. Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yg terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yg digunakan termasuklah berpuasa,madu lebah,bijirin hitam (blackseed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yg tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yg memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yg diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Barangsiapa yg tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak dapat menerima darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal. Oleh yg demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yg indah ini.

Kesimpulannya,makhluk Allah yg bergelar manusia yg tidak bersembahyang,apatah lagi yg tidak beragama Islam,walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yg normal. Justeru itu tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yg bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yg akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala sosial masyarakat pada masa kini.Dari itu marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya berdikit-dikit (sikit-sikit).

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...