Tuesday, July 12, 2011

Bersih OK

Dalil Dari Hadith Nabi S.A.W Yang Membenarkan Demonstrasi Aman 
(Dipetik dari Artikel Tulisan Dr. Asri Zainul Abidin)

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.


Tidak bermaksud apa2  sekadar perkongsian semata utk menambahkan ilmu.

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...