Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..
Assalamualaikum
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti
ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk
ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?
Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi,
bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita
mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang
digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal dari babi. Porcine sering digunakan di
dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal
dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi
dan ada pelbagai istilah lagi...
Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam
bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak
mengetahui bahawa label yang bertulis "This
product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini
mengandungi bahan dari babi", atau label yang
menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul
dari gelatin babi".
I have many hobbies, its depends on the mood, name its..travel, food, movie, books, studies, accounting etc.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS
RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...
-
Salam.. hi everybody..heheheh macamlah dah ada orang baca..hehehe..by the way..here we go..start from now...GO! GO!
-
Hari ketiga sepatutnya kami dah balik tapi bos bagi one day extra lagi, dan kami pindah hotel sebab hotel tu tak available…tapi whatttt ...
No comments:
Post a Comment