Thursday, April 7, 2011

Salah Faham Tarian Pendet

Daripada Jamhariah Jaafar di Jakarta
bhnews@bharian.com.my

ISU tarian Pendet yang mencetuskan kontroversi terbaru antara Malaysia dan Indonesia tidak berlaku jika pihak bertanggungjawab yang menyiarkan iklan selama 30 saat itu menjelaskan keadaan sebenar dan menuntut maaf serta-merta.

Sumber yang ditemui di sini memberitahu Berita Harian,kegagalan membuat penjelasan menyebabkan kemarahan rakyat Indonesia dan digembar-gemburkan oleh pihak media di sini.

“Seperti ada usaha sengaja untuk memprovokasi kemarahan rakyat kedua-dua negara, sedangkan jika penjelasan segera dibuat,rakyat Indonesia tidak akan marah. Tidak akan ada gerakan kumpulan‘buluh runcing’ atau ‘sapu Malaysia’,” katanya.


Katanya, Discovery Networks Asia-Pasifik yang bertanggungjawab mengendalikan saluran televisyen Discovery Channels udah memohon ‘maaf sebesar-besarnya’ bagi pihak syarikatnya kepada Menteri Kebudayaan dan Pariwisata, Jero Wacik atas apa yang disifatkannya sebagai ‘kekeliruan kreatif’.

Dalam suratnya kepada Jero Wacik bertarikh 28 Ogos lalu, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar (Asia Tenggara) syarikat itu, Kevin Dickie, menjelaskan mengenai penggunaan unsur budaya Indonesia dalam klip promosi Enigmatic Malaysia.

Antara petikan isi kandungan surat itu: “Dengan ini kami sampaikan bahawa Discovery Network Asia-Pacific mengetahui wujudnya penggunaan gambar penari Bali dalam klip promosi selama 30 saat untuk program Enigmatic Malaysia. Klip promosi itu menampilkan grafik yang mewakili pelbagai episod dalam siri berkenaan.
“Namun, gambar penari Bali yang dimaksudkan berasal dari pihak ketiga.Untuk pengetahuan, promosi itu bukanlah sebahagian daripada kandungan yang dimaksudkan.

“Kami memohon maaf apabila klip promosi itu menyinggung pemerintah dan rakyat Indonesia, serta penonton (televisyen) kami.Dengan ini, kami ingin menyatakan bahawa klip itu sudah kami hentikan penayangannya di semua rangkaian kami.

“Izinkan kami untuk menjelaskan bahawa kesalahan ini cuma kekeliruan kreatif, sementara semua fakta dan maklumat yang terkandung dalam program berkaitan adalah benar semata-mata.”

Sumber itu juga berkata, syarikat produksi Malaysia yang terbabit ialah KRU Sdn Bhd dan membuat program enam siri yang menggambarkan kehidupan, budaya dan adat istiadat Malaysia.
“Namun, tarian Pendet yang menjadi isu itu tidak ada dalam mana-mana siri yang dihasilkan KRU. Ia dimasukkan oleh produksi iklan Discovery Network. Saya harap penjelasan dan salinan surat ini dapat membetulkan salah faham yang tercetus antara rakyat kedua-dua negara,” katanya.


--------------------
Ikut hati kan mati..ikut rasa kan binasa.

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...