Wednesday, April 6, 2011

Norman KRU kesal artis Indonesia turut hentam Malaysia

Sunday, September 13, 2009 6:28

Sikap segelintir pihak termasuk artis Indonesia yang masih menghentam Malaysia tanpa usul-periksa selepas berlakunya salah faham terhadap promo Tarian Pendet yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia terbitan KRU Studios sangat dikesali oleh Norman Abdul Halim.
Perkara ini ditekankan sendiri oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berhubung kenyataan aktres Aura Kasih, Dewi Sandra serta Dwiki Dharmawan dari kumpulan Karakatau yang memperkecilkan Malaysia tentang isu hangat ini.

“Pihak kami sudah pun menjelaskan tentang salah faham ini menerusi temuramah secara siaran langsung di TV One, Indonesia bersama Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Bapak Jero Wacik pada 24 Ogos lalu selain serta Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia pada 25 Ogos lalu.
“Bukan itu saja, pihak Discovery Channel telah pun memohon maaf sertaa mengeluarkan kenyataan media dan kekesalan mereka terhadap isu kesilapan itu. Malah, Kerajaan Malaysia pun turut campur tangan untuk menjernihkan semula kekeliruan yang timbul ini.
“Tetapi mengapa segelintir mereka itu masih terus mengecam Malaysia? Mengapa mereka mahu ambil kesempatan ini untuk bercakap yang bukan-bukan tentang negara kita? Kenyataan mereka bagi saya memang keterlaluan.
“Kalau mereka tidak hairan dengan kita, kita pun tidak hairan dengan mereka. Apa, mereka ingat kita ini haprak sangat? Apa yang sangat saya kesalkan sekali, pihak media di Indonesia langsung tidak jelaskan keadaan yang sebenar di sebalik kesilapan promo itu.
“Sebaliknya, mereka sengaja mahu menampakkan seolah-olah kita yang salah dalam hal ini dan bukan Discovery Channel. Sebab itu, banyak pihak di sana yang bagi kenyataan tidak wajar termasuklah segelintir artis Indonesia itu. Mereka hanya buat ulasan ikut apa yang media mereka di sana cakap,” kata Norman dengan kesal.
Menurut Norman lagi, dia bagaimanapun mengerti dan faham bahawa tidak semua semua artis Indonesia yang mengeluarkan kenyataan melulu seperti itu.
“Bagi artis Indonesia yang sudah biasa datang ke Malaysia dan membuat persembahan di sini serta sudah banyak kali bekerja dengan kita, pandangan mereka mungkin agak berbeza. Mereka tahu apa yang berlaku itu adalah mainan daripada media di sana. Malah KRU sendiri banyak bekerjasama dengan Melly Goeslow dan kami mempunyai hubungan yang baik dengan ramai karyawan seni lain di Indonesia.
“Cuma yang saya kesal di sini mengapa perlu mereka kaitkan isu ini dengan perkara-perkara yang tidak perlu seperti lagu Negaraku, lagu Rasa Sayang, kain batik dan sebagainya? Malah, ada yang sampai sanggup bakar Jalur Gemilang dan mahu ganyang Malaysia.
“Mengapa sampai begitu sekali perbuatan mereka? Bukankah kita ini negara serantau dan perlu berbaik sangka? Apa yang mereka marah sangat dengan Malaysia? Adakah sebab negara kita ini lebih maju dan lebih makmur?
“Tapi saya harap sangatlah supaya jangan ada rakyat Malaysia yang bertindak melulu macam mereka kerana kita tidak perlu ikut cara mereka. Sentimen anti-Malaysia ini sebenarnya sudah wujud sejak dari dulu lagi, Jadi kita orang Malaysia kena bersikap lebih waras. Jangan menari ikut rentak palu mereka,” katanya.
Artikel by murai.com.my
Zon Artis: Biasalah, artis bila dah tak popular memang suka cari publisiti murahan untuk menarik perhatian. So, no wonder la beberapa artis Indonesia seperti yang dinyatakan kat atas tu sibuk masuk campur tapi tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kesian..

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...