Tuesday, May 10, 2011

Penjimatan petrol >> adakah ini benar??

Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama agar dapat membantu ketika kenaikan harga petrol meningkatkan kos sara hidup.

Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat.

Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar.

Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda PERCAYA bahawa penjimatan tersebut adalah luar biasa. Sebagai contoh sebelum ini pada setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100km sahaja(untuk perjalanan di dalam bandar).

Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangka bahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga. Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol (Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada kebenarannya.

Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas. (lebih banyak gas daripada petrol).
Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita. Pada kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya.

Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang di mana harga petrol kian meningkat... (Terdapat andaian yang mengatakan : WALAUPUN KERAJAAN PERNAH MEWAJIBKAN SELF-SERVICE "LAYAN DIRI" DI PAM MINYAK SUATU MASA DAHULU - Sehinggakan ramai bangla pam minyak diberhentikan kerja - TAPI, KINI TAUKEH2 KEDAI MINYAK KEMBALI MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK TOLONG ISI MINYAK PADA KENDERAAN ANDA + SELAIN MENCUCI CERMIN DEPAN, BELAKANG KERETA ANDA, KAN ? ...

SEBABNYA : TAUKEH KEDAI MINYAK TERSEBUT MAHU "Minyak di pam secara cepat agar mereka lebih untung!" .........)

Tip Tambahan :

Pensyarah saya di UiTM Shah Alam pernah memberitahu tip tentang "masa sesuai" untuk mengisi minyak kenderaan :

1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi, untuk mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap air yang terjadi apabila suhu panas C° di dalam tangki besar - yg. terletak di bawah kedai minyak).
Petrol yang bercampur air PASTINYA cepat merosakkan enjin kenderaan anda.

2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK/SIANG HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini, tetapi jika tidak boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum yang boleh, sekadar sesuai untuk kegunaan anda, agar anda boleh isi semula pada waktu malam hari.

No comments:

Post a Comment

RESEPI TORTILLA AYAM DENGAN MAYONIS

RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG Hari saya bawa bekal sarapan Tortilla Ayam Mayonis, nak makan kat rumah tk sempat...hhhh saya ni suka berm...